berita

Ira Kazar Dipuji Pandai Masak Sotong Tumis

May 11th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Isteri kedua kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar nampak gayanya sedang menggilap bakat memasak selepas berkahwin pada Januari lalu.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Respon Netizen Kata ‘Posing Cangkung’ Macam Madu, Dedah Dipaksa Ubah Fesyen Selepas Kahwin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dapat Teguran ‘Jangan Buat Hal’ Masa Beraya, Muka Ira Kazar Terus Berubah

Artikel Berkaitan: ‘Selagi Hidup Mu Tidak Bahagia, Selagi Itu Ku Tidak Tenang’ – Patimah Ismail

Tunjuk skil memasak

Terbaru, kakak kandungnya, Yasmin Kazar memuat naik foto masakan sotong tumis di Instagram Stories. Menurut Yasmin, juadah itu disediakan oleh Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin.

Kata Yasmin, dia tidak menyangka ‘air tangan’ dari adik berumur 28 tahun itu sangat sedap rasanya.

Tak sangka sedapnya Ira Kazar masak.

Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Pelakon Puteri Sarah Liyana berjaya memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah (komital) pada 14 Februari lalu terhadap madunya, bapa Ira iaitu Kazar Saisi dan kakaknya, Yasmin.

Pada 16 Januari lalu, Sarah Liyana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah atas alasan dia tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri dengan suaminya, Syamsul kerana sudah tidak ada persefahaman di antara mereka dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×