berita

‘Selagi Hidup Mu Tidak Bahagia, Selagi Itu Ku Tidak Tenang’ – Patimah Ismail

May 10th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail tidak pernah putus mendoakan buat menantu tersayang, Puteri Sarah Liyana.

Artikel Berkaitan: ‘Bertahun Puteri Sarah Menunggu Kepulangan Suami’ – Patimah Ismail

Artikel Berkaitan: ‘Satu Malaysia Tahu Siapa Curang, Niat Saya Agar Syamsul Tidak Sesat’ – Patimah Ismail

Bahagiakan mereka

Terbaru, Patimah memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan foto Puteri Sarah bersama dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Menerusi entri tersebut, Patimah menyatakan dia tidak akan tenang selagi Puteri Sarah belum mengecapi kebahagiaan.

Ini rentetan kes penceraian Syamsul dan Puteri Sarah yang masih tertangguh.

Selagi hidup mu tidak bahagia, selagi itu hidup ku tidak akan tenang. Ya Allah bahagiakanlah mereka.

Pada 18 April lalu, Syamsul menangguhkan lafaz cerai terhadap Puteri Sarah, dan susulan itu, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan 18 April untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkmah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya sudah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas keengganan Syamsul untuk menceraikan isteri pertamanya itu.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×