Sejak pergolakan rumah tangga dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, nama pelakon Puteri Sarah Liyana sentiasa menjadi tumpuan pengguna media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah Syamsul Merayu Kata Masih Sayang, Dah 4 Tahun ‘Block’ Yusof Haslam
Sama maca madu
Terbaru, Puteri Sarah memuat naik foto terbaru di Instagram (IG). Menerusi hantaran itu, aktres berumur 37 tahun berkongsi foto mengenakan sepersalinan baju berwarna merah jambu serta ‘cap shawl’.
Apa yang menjadi bualan adalah posing duduk mencangkung yang dikatakan sama seperti madunya, Ira Kazar.
Style duduk macam madu awak pula.
Balas dengan bersahaja, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, ‘Hannah Delisha pun style macam ini. Kenapa awak macam tersakit sangat.’
Selain itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu memberitahu ini adalah penampilannya sejak dulu lagi. Katanya, selepas berkahwin dengan Syamsul, dia dipaksa untuk menukar imej menjadi ‘simple’.
Coach rindu Sarah yang simple masa jumpa kat centre dulu,” kata seorang pengikut.
Coach. Sarah macam ini dulu. Bila dah kahwin, Sarah dipaksa jadi simple,” jawab Puteri Sarah.
Nampak ‘style’ bukan rempit
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyifatkan apa sahaja yang digayakan oleh pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin nampak classy dan vogue. Tidak ada yang boleh menang!
Pada 18 April lalu, lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei di depan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan cerai Puteri Sarah pada 10 April lalu.
Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram