Pesawat milik syarikat penerbangan Ukraine terhempas di Tehran sehingga menyebabkan kira-kira 176 penumpang termasuk kru terkorban dalam kejadian itu. Menurut laporan Reuters, pesawat Boeing 737-800 itu dalam penerbangan ke Kiev dari Lapangan Terbang Imam Khomeini didapati terbakar sebelum terjunam.
Pesawat Ukraine Airlines terhempas
Pesawat komersial Ukraine yang terhempas di Tehran minggu lalu itu terbang terlalu hampir dengan tapak ketenteraan milik Pengawal Revolusi negara Iran dan ditembak. Pesawat itu ditembak tanpa sengaja atas faktor kesilapan manusia dan pihak yang terbabit akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Mangsa peluru berpandu
Sebahagian besar penumpang adalah dari rakyat Iran dan Iran-Kanada menjadi mangsa peluru berpandu. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, pula berkata, pesawat itu berkemungkinan besar ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu Iran, berdasarkan laporan risikan negara itu dan sumber lain.
176 penumpang dan kru
Nahas itu dipercayai berlaku selepas Iran melancarkan serangan 22 peluru berpandu ke pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq. Susulan tindak balas Iran terhadap Amerika Syarikat (AS) terhadap pembunuhan jeneral tertinggi Iran iaitu Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron AS di lapangan terbang antarabangsa di Baghdad.
Sumber: KiniTV, Harian Metro