berita

Irma Hasmie Manis Hiasi Muka Depan Majalah NUR

September 20th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-09-19 at 23.06.50

Rasanya sudah agak lama cerita mengenai Irma Hasmie tidak menjadi perbualan ramai. Sejak mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata, nama Irma seakan dilupai dan semakin tenggelam.

Jika dahulu ada juga sebarang dua iklan komersial tudung yang dibintangi Irma di kaca televisyen tetapi kini sudah surut. Ke mana hilangnya Irma?

Namun anda semua tidak perlu risau kerana Irma kini kembali menonjolkan wajah ayunya melalui muka hadapan majalah NUR untuk tatapan peminat.

Walaupun agak lama ‘menghilangkan’ diri dari industri hiburan, tetapi kejelitaan Irma langsung tidak berkurangan, malah kelihatan semakin manis menghiasi majalah untuk keluaran Oktober itu.

Irma Hasmie & Suami

Untuk edisi terbaru ini, NUR mengupas hakikat pengorbanan yang dibuat oleh Irma Hasmie. Kalau nak tahu apakah bentuk pengorbanan yang dilakukannya, kenalah dapatkan majalah itu nanti ya.

Bagaimanapun melalui Instagram milik Irma, ibu kepada bayi lelaki bernama Redza Syah Irfhan dilihat aktif menjadi duta produk Radiglow serta mempromosikan produk Photobook yang merupakan kerjasama antara Irma dan Fotozzoom.

Mungkin Irma lebih selesa menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk mengisi masa lapang sebaik dirinya berhijrah dan berkahwin dengan Redza Syah Azmeer pada bulan Jun 2012 yang lalu.

Apapun, di sini OHBULAN! selitkan beberapa keping foto terbaru Irma, suami dan anak serta video sewaktu mereka bercuti di cameron Highland baru-baru ini.

SKIP THIS AD ×