berita

Iron Man 3 & Sandra Bullock Ungguli People’s Choice Award 2014

January 9th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Iron Man 3

Sebentar tadi baru saja berakhirnya majlis berprestij People’s Choice Awards 2014 yang diadakan secara langsung dari Nokia Theatre Los Angeles, California.

Sememangnya sebuah anugerah bertaraf Hollywood, ia mengiktiraf pelakon-pelakon filem, drama, pengarah, penyanyi dan semua individu yang terlibat dengan industri hiburan dalam 58 buah kategori.

Menariknya, melalui undian yang dikira, lebih 700 juta pengundi dari seluruh dunia telah memilih pemenang mereka dan salah satunya yang paling mendapat perhatian ialah filem Iron Man 3. Bukan saja memenangi trofi Favorite Movie dan juga Favorite Action Movie, malah pelakon utamanya iaitu Robert Downey Jr. turut merangkul trofi Favorite Action Movie Star.

Screen Shot 2014-01-09 at 1.00.51 PM

Selain daripada itu, pelakon popular Sandra Bullock turut merangkul 3 buah anugerah iaitu Favorite Comedic Movie Actress, Favorite Movie Duo dan juga Favorite Dramatic Movie Actress. Lebih mengejutkan apabila suaminya sendiri yang telah menyerahkan trofi kemenangan pada Sandra. Sweet.

Dibawah adalah senarai pendek pemenang-pemenang anugerah di People’s Choice Award.

Movie actress: Sandra Bullock

Album: The 20/20 Experience, Justin Timberlake

Daytime TV host: Ellen DeGeneres

New talk-show host: Queen Latifah

Competition TV show: The Voice

Comedic Movie actor: Adam Sandler

Network TV drama: The Good Wife

Comedic movie: The Heat

On-screen chemistry: Ian Somerhalder (Damon) and Nina Dobrev (Elena), The Vampire Diaries

Pop artist: Britney Spears

Comedic TV actress: Kaley Cuoco

Comedic TV actor: Chris Colfer

Dramatic TV actor: Josh Charles

Cable TV drama: The Walking Dead

Action movie star: Robert Downey Jr.

Comedic movie actress: Sandra Bullock

Actor in a new TV series: Joseph Morgan

Senarai penuh pemenang boleh dilihat di laman rasmi People’s Choice Award 2014.

Kredit foto : USA Today

SKIP THIS AD ×