berita

Iskandar Johor Bakal Lancarkan ART, Pengangkutan Macam Train Tanpa Pemandu

January 22nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Iskandar Malaysia, Johor bakal menerima satu lagi pengangkutan awam baharu bagi tujuan kemudahan buat orang ramai. Lebih menarik lagi kemudahan pengangkutan tersebut merupakan Autonomous Rapid Transit (ART) yang pertama berada di Asia Tenggara.

Kenderaan ART ini bentuknya seperti gabungan bas, kereta api dan tram. Lebih canggih lagi ART mempunyai ‘sensor’ yang mampu membaca trek di atas jalan raya dan mampu mengemudikan pengangkutan itu dengan automatik.

Kelajuan sehingga 70km/j

Memetik laporan The Edge Market, sistem pada pengangkutan ini dibawa masuk oleh Mobilus Sdn Bhd dan dijangka dilancarkan pada suku pertama bagi tahun 2021. Selain itu, ART merupakan salah satu daripada ujian laluan untuk projek Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT).

Kenderaan ini berkemampuan untuk bergerak dengan kelajuan sehingga 70km/jam dan membawa lebih 300 penumpang dengan tiga buah gerabak. Malaysia antara negara di rantau Asia Tenggara yang bakal memiliki ART ini dan negara Asia lain yang telah melancarkan ART adalah di China.

Laluan utama ART

ART bakal membawa penumpang meliputi daerah Skudai, Tebrau, Pantai Lido dan Iskandar Puteri. Terdapat beberapa stesen perhentian yang telah dirancang seperti Desa Jaya, Sentosa, Taman Tasek, Bukit Mewah, Bukit Indah dan lain-lain kawasan berdekatan (boleh rujuk dalam gambar diatas).

Sarawak juga bakal punyai ART

Menerusi perkongsian Twitter Skyscrapers, projek sistem Autonomous Rapid Transit (ART) ini pada awalnya bakal dijalankan di negeri Sarawak. Malah, Sawarak merupakan negeri pertama yang mengumumkan penggunaan ART bagi mengantikan projek LRT. Memetik laporan Utusan Borneo, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) iaitu Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain menjangkakan projek ini bakal beroperasi secara komersial padal 2025 nanti dan memfokuskan kepada bandar Kuching.

ART di China

Sumber: The Edge Market, Skyscrapers, Utusan Borneo

SKIP THIS AD ×