berita

Istana Budaya Sedia Polis Kawal Teater Projek Kahwin, Hanez Suraya Pula Pasang Bodyguard

April 2nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Press Conference Projek Kahwin-12

Baru-baru ini timbul kontroversi bahawa pelakon Hanez Suraya ingin menarik diri dari mengikuti teater Projek Kahwin yang dijadualkan akan berlangsung pada Jun nanti.

Bagaimanapun, semalam, pihak Istana Budaya dan produksi teater tersebut telah bersetuju untuk mengekalkan Hanez dan pada masa yang sama mengambil Kilafairy sebagai tunjang utama teater tersebut.

Susulan itu, akibat dari pelbagai ugutan yang diterima oleh Hanez, Istana Budaya mengambil keputusan untuk memberikan kawalan yang lebih ketat ketika teater tersebut berlangsung.

Press Conference Projek Kahwin-3

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato’ Mohamed Juhari Shaarani, dia akan memastikan tidak akan ada insiden kekecohan yang boleh berlaku sewaktu pementasan dan pihaknya akan mendakwa sesiapa sahaja yang berani membuat kacau.

Kami telah membuat keputusan untuk mengekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

Bagaimanapun, pihak kami akan tingkatkan kawalan keselamatan dan menyediakan anggota polis yang berpakaian biasa untuk memantau dan mengawal keadaan.

Dalam pada itu, Juhari berkata pihaknya masih menginginkan Hanez untuk kekal dalam teater tersebut kerana komitmen kerja yang telah ditunjukkan oleh Hanez semenjak awal lagi.

Press Conference Projek Kahwin-40

Bimbang dengan keselamatan, Hanez setuju keluarga minta pasang ‘bodyguard’

Walaubagaimanapun, Hanez ketika ditemui berkata dia menghormati keputusan yang dibuat oleh pihak produksi dan juga Istana Budaya selain mengakui dirinya kini telah mengupah seorang pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya.

Ekoran kontroversi percintaanya dengan jejaka berstatus suami orang, Hanez telah menerima pelbagai ugutan dan kecaman dari peminat hingga menyebabkan ahli keluarga turut bimbang akan keselamatannya.

Hanez akui ada mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan Hanez. Dia mula bekerja sejak sidang media kontrovesi yang lalu, tetapi taklah semua majlis dia akan ada, cuma pada acara-acara tertentu.

Sebenarnya bukan Hanez yang inginkan pengawal, malah Hanez juga tak selesa bila ada orang yang sentiasa mengawal pergerakan. Tetapi, ia dibuat atas nasihat keluarga yang inginkan supaya Hanez ditemani oleh seseorang yang boleh menjaga keselamatan Hanez.

Press Conference Projek Kahwin-28

Hanez dan Kilafairy antara tunjang utama teater Projek Kahwin

Hanez juga memberitahu dia berasa amat sedih kerana telah menerima pelbagai kutukan dan ancaman dari peminat yang tidak mengetahui perkara sebenar.

Tetapi, aktres ini tetap mengambil langkan positif dan gembira kerana sejak kebelakangan ini dia kembali mendapat kepercayaan peminatnya semula.

Apa pun, kepada peminat teater, nantikan kemunculan Projek Kahwin pada 6 hingga 14 Jun nanti.

SKIP THIS AD ×