Pelakon, Datuk Aaron Aziz mendedahkan bahawa dia menerima panggilan daripada isterinya yang kemalangan kereta pada petang semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Korang Ingat Aku Kafir Ke?’ – Kecoh Tatu Bentuk Salib, Aaron Aziz Perjelas Perkara Sebenar
Artikel Berkaitan: Demi Bayar Yuran Pengajian Anak, Aaron Aziz Sanggup Sakit – ‘Mereka Memerlukan Perbelanjaan Besar’
Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Terkejut Jumpa Tikus Besar, Pihak Hotel Cakap Datang Dari ‘Luggage’
Kereta disondol
Menerusi hantaran Aaron Aziz di laman Instagramnya, dia menerima mesej daripada isterinya sejurus dia bangun dari tidur. Mujur isterinya itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk dan menerima rawatan di Hospital Prince Court.
Bangun dari tidur dapat mesej dari dia (si isteri) kemalangan. Kereta sondol dari belakang. Jantung macam nak jatuh.
Saya terus suruh dia ke Hospital Prince Court sebab dia sakit belakang, dari leher sampai pinggang. Doktor suruh pantau dan rehat 48 jam.
Di dalam video yang dimuat naik, kelihatan isterinya sedang terlantar di katil hospital dan sedang dirawat.
Sementara itu, pelakon filem Evolusi KL Drift itu sempat menasihati di ruangan kapsyen meminta isterinya berehat.
Rehat ye sayang. Bukan ke sana ke sini. Dia ni kalau tak sakit, memang ligat.
Kalau tak kerja, mesti ada je aktiviti dia. Jadi, kita tengok dia boleh tak duduk diam.
‘Semoga cepat sembuh’
Sumber: Instagram @aarondwiaziz