berita

Isteri Aliff Syukri Dedah Ada Individu ‘Menagih’ Minta Belikan Iphone 14 Pro Max

August 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nur Shahida

Isteri kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mendedahkan ada seorang individu memintanya membelikan sebuah telefon bimbit.

Artikel Berkaitan: Shahida Doa Aliff Syukri Tak Keluar Lagu Raya Tahun Depan – ‘Penat Kena Kecam Bulan Puasa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bibik Tudung Buat Kejutan! Kembali Ke Pangkuan Keluarga Aliff Syukri, Shahida Sebak Dalam Gembira

Minta Iphone

Menerusi hantaran di Instagram, Shahida memuat naik tangkapan skrin layar yang memaparkan perbualan individu berkenaan.

Dalam perbualan tersebut, individu itu meminta Shahida untuk membelikannya telefon bimbit model Iphone 14 pro max.  Jelasnya, telefon bimbit itu mahu digunakan untuk urusan perniagaan.

Belikan saya Iphone 14 pro max boleh tak, saya teringin nak pakai Iphone.

Hari itu dah kumpul duit, tapi duit saya hilang. Saya sedih sangat.

Saya beli Iphone untuk labur dalam perniagaan. Saya nak sangat buka bisnes. Nak buka kedai macam Datuk dan Datin.

Moga Allah permudahkan urusan Datin ya, ini nombor akaun bank saya.

Sementara itu, Shahida menerusi ruang kapsyen memohon maaf kepada individu terbabit kerana tidak dapat menunaikan permintaanya.

Malah, kata Shahida, dia sendiri tidak menukar telefon bimbit yang baharu dan masih menggunakan model lama.

Maaf la dik, nak beli Iphone baru nak minta duit. Saya pun pakai telefon tak bertukar dah lama, awak sibuk nak minta beli baru.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×