Isteri kepada usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila bekas pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bibik Tudung telah kembali kepada pangkuan keluarganya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saya Minta Maaf, Mungkin Saya Terkasar – Aliff Syukri Beri Penjelasan Isu Bibik Mencuri
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Bodoh! Kalau Tak Selevel Kenapa Pinjam Duit?’ – Aliff Syukri
Bibik Tudung
Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida akui terkejut menerima kehadiran Bibik Tudung yang secara tiba-tiba muncul di hadapan kediamannya.
Menurut Shahida, dia sedia maklum bahawa Bibik Tudung akan kembali bekerja dengannya, namun tidak menyangka akan sampai ke tanah air seminggu lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya dijadualkan.
Hari yang paling gembira dalam hidup saya. Tak tahu macam mana saya nak gambarkan kegembiraan saya. Saya tak sangka dia (Bibik Tudung) sampai hari ni.
Sepatutnya lagi seminggu tapi dia pula buat suprise sampai awal. Bibik Tudung ni dah macam keluarga dalam hidup saya. Bukan macam pembantu rumah pun sebenarnya. Dia lah kawan saya gelak gembira dan dia juga lah peneman saya bila duka.
Menerusi video yang dimuat naik, Bibik Tudung dilihat berlari sejurus selepas turun dari kenderaan menuju ke arah Shahida dan anak-anaknya lantas memeluk erat kesemua mereka tanda melepaskan rindu.
Dalam masa sama, ibu kepada enam cahaya mata itu berharap dengan kembalinya Bibik Tudung dapat memeriahkan dan memberi kegembiraan buatnya sekeluarga.
Semoga kehadiran semula bibik tudung kali ni akan menggembirakan saya dan seisi keluarga. Sangat rapat dengan anak anak saya. Dia layan dan sayang macam anak dia sendiri.
Sekitar April tahun lalu, Bibik Tudung yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun bersama keluarga Aliff dan Shahida telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Indonesia.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram