Isteri kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida berdoa agar suaminya tidak lagi mengeluarkan lagu raya pada tahun hadapan.
Artikel Berkaitan: ‘Siti Nurhaliza Telah Memilih Saya Sebagai Artis Nombor Dua’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bibik Tudung Buat Kejutan! Kembali Ke Pangkuan Keluarga Aliff Syukri, Shahida Sebak Dalam Gembira
Penat dikecam
Menerusi hantaran di Instagram, Shahida berkata dirinya sudah penat dikecam netizen serta menerima tempias susulan tindakan suaminya.
Jelas Shahida, dirinya hanya mahu memberi fokus dalam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadan.
Saya bukan doa main-main ya. Memang saya doa betul betul dengan penuh ikhlas dan penuh kyusuk agar penyanyi nombor 2 Malaysia, Aliff Syukri tidak akan keluarkan lagi lagu raya tahun depan.
Penat lah asyik kena kecam masa bulan puasa. Kita ni nak fokus ibadah bulan puasa tapi bila dia buat lagu raya terganggu jugak lah fokus kita ni. Semoga apa yang saya hajatkan ini dimakbulkan.
Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas turut berdoa dan berharap hajat ibu kepada enam cahaya mata itu dimakbulkan Allah.
Sumber: Instagram