berita

Isteri Aliff Syukri Padam Video Beli Kerusi Roda Untuk Bapa Sajat – ‘Demi Menghormati Keluarga Dia’

October 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nur Shahida Sajat

Sebelum ini, isteri kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida ada memuat naik video memperlihatkan mereka membelikan kerusi roda kepada bapa rakannya, Nur Sajat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Menangis Makan Kuih Seri Muka Hasil Tunjuk Ajar Netizen – ‘Terima Kasih, Sumpah Sedap’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Sebak, Hasrat Hadiahkan Kerusi Roda Pada Bapa Tercapai – ‘Ayah, Ampunkan Ajad’

Hormat keluarga

Nur Shahida Sajat

Bagaimanapun, kata Shahida dia terpaksa memadam video tersebut di atas permintaan Sajat demi menghormati keluarganya.

Maaf ya semua, saya delete video tadi sebab suami saya, Aliff Syukri kata Sajat minta delete demi menghormati keluarga dia.

Saya pun tiada sebut apa-apa yang tak baik, hanya menyampaikan amanah Sajat untuk keluarga dia.

Dalam masa sama, Shahida berkata, ada juga segelintir netizen yang telah meninggalkan komen tidak baik pada perkongsian tersebut.

Sebab ada yang spin cerita dan ditambah dengan komen segelintir netizen yang mengeruhkan keadaan.

Terdahulu, Sajat atau nama sebenarnya  Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menerusi sesi siaran langsung di TikTok gagal menahan air mata selepas mendapat berita kesihatan bapanya tidak berapa baik.

Susulan itu, Sajat telah meminta bantuan Aliff dan isterinya, Shahida untuk membelikan kerusi roda baharu bagi memudahkan pergerakan bapanya, Kamaruz Zaman.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×