berita

Isteri Aliff Syukri Pun Tak Cukup ‘Memikat’, Video Muzik Abang Nak Tegur 3.0 Dapat 53k Dislike

January 4th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Dia dah mai dah! Setelah sekian lama menunggu, ‘penantian’ netizen untuk menonton muzik video Dato’ Aliff Syukri, Abang Nak Tegur 3.0 berakhir sudah. Apa tidaknya, pembikinan video ini dikatakan memakan kos berjuta-juta Ringgit. Mestilah nak tengok hasilnya macam mana kan?

Artikel berkaitan: Video ‘Abang Nak Tegur’ Dapat Dislike 300k Di Youtube & Tertinggi Di Malaysia. Apa Puncanya?

Sebelum ini video muzik tidak rasmi mendapat sambutan ‘menggalakkan’ dengan 300k dislikes diterima netizen. Alasannya kerana kemunculan selebriti media sosial, Sajat yang banyak dicemuh sebelum ini. Namun apa pula nasib video terbaru ini?

Terima 53 ribu dislike setakat ini

Setakat artikel ini ditulis, video muzik yang menjalani penggambaran di Sepanyol itu menerima 53 ribu tanda tidak suka atau dislike di Youtube rasmi Kru Music berbanding hanya 19k like sahaja. Jumlah tontonan pula mencecah lebih 300 ribu. Boleh tahan banyak tu, Dato’!

Datin Shahida turut tampil, tapi orang tetap dislike

Mungkin untuk menampilkan kelainan, isteri Dato’ Aliff turut ditampilkan dalam video klip berkenaan. Sebelum ini video Abang Nak Tegur 2.0 menampilkan suami isteri itu mendapat pujian netizen berbanding video tidak rasmi bersama Sajat! Namun ada berpendapat kehadiran Shahida terlalu ketara disunting.

Reaksi netizen

Terpaksa dislike sebab ‘Abang Jat’

Cara main gitar pun nak hentam

Jom layan, so korang nak like ke dislike tu?

Sumber: KRU Music

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×