berita

Isteri Bantu Suami Rogol, Bunuh 32 Gadis

February 17th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Murderpedia

Seorang pembunuh bersiri di Paris yang taksub terhadap gadis perawan dipercayai merogol dan membunuh 32 gadis muda dalam tempoh 20 tahun dengan bantuan isterinya.

Artikel berkaitan: Remaja Dirogol Dalam Lokap, 11 Pegawai Polis Berdepan Buang Kerja, Turun Pangkat

Artikel berkaitan: Ugut Sebarkan Gambar Berpakaian Dalam Bersama Dadah, Model Dakwa Dicabul Jurugambar

Dibantu oleh isteri ketika di dalam penjara

Foto: France 3 Régions – Franceinfo

Menurut laporan daripada Daily Star, Michel Fourniret yang berumur 78 tahun itu telah mengaku membunuh 12 orang dan kebanyakannya adalah kanak-kanak dan wanita muda antara tahun 1987 dan 2003. Detektif juga kini berusaha mencari senarai lagi 20 mangsa lain yang menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 32 orang.

Micheal Fourniret yang juga telah dibantu oleh isterinya yang ketiga iaitu Monique Olivier yang menulis surat kepadanya ketika dia berada dalam penjara pada tahun 1980-an. Isterinya berjanji akan membantu mencari perawan untuk memuaskan nafsu suaminya.

Fourniret juga turut mengaku terbabit dengan kehilangan Estelle Mouzin yang berusia sembilan tahun pada 2020 termasuk bertanggungjawab atas kematian Lydie Logé yang hilang dari Saint-Christophe-le-Jajolet di Normandy.

Saya tidak rasa ada orang lain melainkan saya yang mengakhiri perjalanan hidup gadis tersebut

Itulah ungkapan Fourniret apabila pihak polis mula menyiasat tentang DNA yang ditemui dari sebuah tilam yang terdapat di dalam vannya.

Kejahatan Fourniret berakhir pada tahun 2003 apabila seorang gadis Belgia yang berumur 13 tahun melarikan diri dan telah diselamatkan oleh orang awam yang lalu di kawasan tersebut. Orang awam yang menyelamatkan gadis tersebut turut berjaya untuk mencatatkan nombor pendaftaran kereta Fourniret sebelum membuat laporan polis.

Isteri mengaku menjadi mangsa suaminya

Foto: Murderpedia

Olivier juga turut mengaku bahawa beliau juga menjadi mangsa kepada suaminya yang ‘psycho’ untuk mengelakkan hukuman penjara yang lama. Hal ini terjadi apabila Detektif mula menemui rambut gadis di dalam van Fourniret. Namun, Olivier tetap dijatuhkan hukuman minimum 28 tahun penjara.

Walau bagaimanapun, Fourniret turut bekerjasama dengan polis dan mengaku semua kesalahan beliau. Fourniret bahkan menunjukkan tempat beliau mengebumikan mangsanya.

Fourniret akhirnya disabitkan dengan tujuh pembunuhan dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Pembunuh itu juga turut membuat pengakuan yang lebih mengejutkan ketika berada dalam tahanan, termasuk mengakui bahawa beliau bertanggungjawab atas pembunuhan Joanna Parrish pada tahun 1990 yang merupakan seorang pelajar Universiti Leeds dari Gloucestershire.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×