Gambar sekadar hiasan
Polis telah menahan seorang lelaki berusia 45 tahun kerana didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar dan video intim isterinya di media sosial selepas mangsa enggan bercerai.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Berdendam, Lelaki Sebar Video Tidak Senonoh Bekas Kekasih
Dera & Ganggu Fizikal
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan NDTV, suspek, Kiran Patil mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang ingin dikahwininya.
Isterinya yang merupakan seorang guru sekolah mengetahui tentang perkara tersebut membuat keputusan untuk menolak rayuan perpisahannya.
Suspek bukan saja menggugut isterinya, malah dia turut mendera dan mengganggu mangsa secara fizikal.
Menurut mangsa, suaminya memeras ugut untuk menjadikan gambar serta video intimnya menjadi viral di platform media sosial.
Ketika ditahan polis, suspek melarikan diri sebelum bertindak untuk meminum cecair beracun bagi membolehkan dia dimasukkan ke hospital.
Semasa siasatan, apabila kami memeriksa telefon bimbitnya, kami mendapati imej dan video peribadi isterinya. Suspek melarikan diri dari balai polis dan cuba membunuh diri dengan meminum beberapa bahan beracun.
Walau bagaimanapun, suspek dibenarkan keluar pada hari Rabu sebelum dia dihantar ke tahanan kehakiman,” tambah pegawai itu.
Sumber: NDTV