berita

Isteri Faizal Ismail Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

September 13th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Faizal

Tahniah! diucapkan buat penyampai radio terkenal, Faizal Ismail dan isteri, Nor Azlina Ahmad Din atas kelahiran anak keempat mereka pada jam 3.06 petang tadi.

Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Faizal atau lebih mesra di sapa sebagai FBI menerusi laman sosialnya satu jam lalu dengan status berbunyi :

FBI

FBI

Faizal bersama doktor yang menyambut kelahiran anak keempatnya

Untuk makluman, pada tahun 2008 pasangan ini pernah mengalami detik-detik sedih apabila anak kedua mereka telah disahkan meninggal dunia selepas 11 hari dilahirkan akibat komplikasi jantung.

Namun begitu, kesedihan tersebut terubat apabila mereka dikurniakan anak ketiga pada tanggal 11 November 2011 (11.11.11).

Sepanjang melayari alam rumahtangga, Faizal dan Azlina telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Khairina Iman, 12, Adam Haikal Iman (meninggal dunia) dan Mohd Khalish Iman, 2.

Bagaimanapun, jom kita raikan kegembiraan ini dengan melihat beberapa foto keluarga bahagia Faizal Ismail :

Kredit Foto : Instagram Faizal Ismail

SKIP THIS AD ×