Rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander dan isteri Dr Jezamine Lim didakwa sedang berdepan dengan masalah.
Artikel berkaitan: Ditegur KP Imigresen Melawak Kualiti Lapangan Terbang Malaysia, Harith Iskander Beri Respon – ‘Avengers Pun Mengelirukan’
Artikel berkaitan: ‘Anak Sumber Inspirasi’ – Wanita Pertama Memegang Phd Jurusan Bidang Kejuruteraan Tisu, Isteri Harith Iskander Dipuji Netizen
Isteri Harith fail cerai
Memetik laporan mStar, Dr Jezamine difahamkan sudah menfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kes tersebut bakal disebut dalam masa terdekat.
Menurut Dr Jezamine, dia mengesahkan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar bulan Jun lalu bagaimanapun dia belum bersedia mengulas lanjut isu rumah tangganya itu.
Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu.
Saya belum ada sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan.
Dalam pada itu, Harith ketika dihubungi juga memilih untuk tidak memberi sebarang maklum balas mengenai permohonan cerai berkenaan.
Saya tiada sebarang komen tentang perkara itu.
Terdahulu, Dr Jezamine mencuri perhatian apabila bergambar di hadapan dewan mahkamah lengkap berjubah dan bertudung ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir.
Akberdien sebelum ini pernah mewakili beberapa artis popular dalam kes perceraian mereka.
Untuk rekod, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Sumber: mStar