Isteri kepada pelawak terkenal Harith Iskander iaitu Dr Jazemin Lim meluahkan rasa tidak puas hati susulan denda yang dikenakan terhadap pembuli yang membawa kepada kematian pempengaruh Rajeswary Appahu atau Esha.
Artikel berkaitan: Isteri Harith Iskander Fail Cerai, Belum Bersedia Kongsi Punca Masalah Rumah Tangga
Artikel berkaitan: Akberdin Sahkan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda – ‘Kedua-Duanya Memberikan Kerjasama Yang Baik’
Tak masuk akal
Menerusi hantaran di Instagram, Dr Jazemin mempersoalkan denda yang dikenakan terhadap wanita yang mengaku bersalah membuli mendiang Esha tersebut tidak masuk akal.
Saya tak pakar dalam undang-undang tapi saya tak pernah dengar bayaran denda RM100 terutama tentang perkara yang serius seperti buli siber.
Denda untuk buang sampah di tempat yang tak sepatutnya pun dikenakan denda sebanyak RM500. Dan dalam kes ini pembulian dilakukan sehingga meragut nyawa mangsa.
Dalam pada itu, Dr Jazemin menyifatkan pembuli Esha seakan tidak menyesal dengan perbuatannya dan berharap agar pelaku dikenakan hukuman yang setimpal.
Dan wajah sombong dan kelakuannya semasa keluar daripada mahkamah, dia nampak sangat selesa dengan perbuatannya yang menjurus kepada kematian seorang wanita. Dalam keadaan lain, kes ini boleh disamakan dengan pembunuhan.
Saya doakan dan berharap keluarga mangsa temui ketenangan melalui sokongan orang ramai dan pihak berkuasa untuk mencari jalan untuk menghukum pelaku dengan hukuman yang setimpal.
Terdahulu, salah seorang yang tertuduh iaitu Shalini Periasamy, 35, mengaku bersalah di atas perbuatannya dan dikenakan denda sebanyak RM100 atau penjara tujuh hari sekiranya denda tersebut tidak dibayar.
Malah, tular video tertuduh berjalan dengan penuh keyakinan sambil tersenyum apabila keluar daripada mahkamah dengan seorang lelaki dipercayai bapanya.
Sumber: Instagram, New Straits Times (foto)