Pelakon, Ashraf Muslim, 41, memuat naik sebuah gambar di laman Instagram menerima kejutan daripada kedua-dua isterinya sempena hari jadi.
Artikel berkaitan: ‘Fasal Keluarga, Simpan Untuk Kita Saja’ – Ashraf Muslim
Artikel berkaitan: ‘Mereka Adalah Wanita Yang Luar Biasa Buatku’ – Ucapan Ashraf Muslim Buat Netizen Kagum
Happy birthday to me!
Pada mulanya bintang drama TV3 Mencari Qiblat ini hanya merancang untuk pergi berkelah bersama isteri dan anak-anak semasa cuti sekolah sahaja.
Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orang bangun nak pergi berkelah. Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi-manda yerlah kan cuti sekolah.
Walau bagaimanapun, Ashraf Muslim terkejut apabila perancangan berkelah bertukar menjadi sambutan hari jadinya.
Haa.. sampai je kat atas setup2 tempat makan dan terkejut AM bila mama ibu setupkan semua ni utk AM.
‘Terima kasih mama ibu’
Ashraf Muslim sempat mendoakan agar kedua-dua isterinya sentiasa dimurahkan rezeki dan meminta anak-anak dijaga dengan baik seandainya dia sudah tiada nanti.
AM doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all.
Sumber: @ashrafmuslim