berita

Isteri Kedua Da’i Farhan Didakwa Menipu Wanita Membabitkan Wang RM10K

March 4th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila isteri kepada juara program Da’i musim kedua telah ditahan pihak polis atas dakwaan menipu seorang wanita. Menurut laporan Harian Metro, isteri kepada Da’i Farhan itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Boleh dipenjara dan disebat

Tertuduh Noorainul Naqim Mohd Radzi walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Wong Chai Sia. Dia didakwa atas tuduhan kes yang berlaku pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018 yang bertempat di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju mendorong Norsiha Aala untuk serahkan wang RM10,050 untuk Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk miliknya.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebat dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada mahkamah.

Da’i Farhan hadir sebagai penjamin

Suami tertuduh juga hadir di mahkamah hari ini bagi menjadi penjamin

Walau bagaimanapun, peguam bela, Sheik Abdullah merayu agar mahkamah mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya menanggung lapan orang anak yang berusia lima hingga 19 tahun. Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen. Da’i Farhan yang ditemui di mahkamah enggan mengulas lanjut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×