berita

Isteri Keguguran Cari Suami Hilang

October 31st, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Akibat mencari suami yang hilang tanpa berita sejak 20 Oktober lalu, seorang wanita mengalami keguguran selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika pergi ke rumah ibu mentuanya di Pekan, Pahang.

Artikel Berkaitan: Viral Video Wanita Ditendang Dilibas Guna Selipar, Polis Mohon Kerjasama Orang Awam Beri Maklumat

Artikel Berkaitan: Wanita Beritahu Suami Nak Buat Lesen, Rupanya Pergi ‘Check-In’ Dengan Lelaki Bangladesh

Suami gagal dihubungi

Difahamkan, wanita bernama Ziela Shafina Resely, 35, resah mencari suaminya, Azrulnizam Mohamed Rashid, 47, yang tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi sejak 20 Oktober lalu selepas keluar bekerja. Berikutan itu, Adik angkat pasangan terbabit, Khairulnajiha Fadjar Marta memaklumkan Ziela yang berada dalam keadaan tertekan dan fikiran terganggu, bertindak pergi ke rumah ibu mertuanya.

Namun malangnya, ketika dalam perjalanan tersebut, Ziela dan Khairulnajiha terlibat dalam kemalangan dengan seekor lembu di kawasan gelap. Menurut Khairulnajiha, walaupun dengan keadaan kereta yang rosak, mereka tetap meneruskan perjalanan.

Tambah adik angkat Ziela lagi, ibu mentua kakaknya memaklumkan abangnya itu sudah pulang ke Seremban sebelum mereka bertolak ke Pekan. Lebih memburukkan lagi, Ziela mengalami pendarahan ketika mandi dan disahkan keguguran, pada keesokan harinya.

Kakak saya sudah buntu untuk mencari abang dan menanti kepulangannya, malah dengan keadaannya yang baru mengalami keguguran, dia memerlukan sokongan moral daripada suaminya memandangkan itu adalah anak pertama mereka.

Saya merayu kepada semua pihak termasuk kepada keluarga sebelah abang supaya memaklumkan keadaannya. Kami tidak tahu apa yang berlakunya kepadanya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×