Gambar sekadar hiasan
Seorang pengguna media sosial yang enggan mendedahkan identitinya meluahkan rasa simpati terhadap kakak tercinta apabila telah diceraikan oleh suami selepas sebulan mendirikan rumah tangga gara-gara ‘tidak berdarah’ pada malam pertamanya.
Artikel Berkaitan: Kemaluan Isteri Berdarah Tanpa Henti Selepas ‘Bersama’, Doktor Geleng Kepala Bila Si Suami Mengaku….
Isteri kena cerai selepas sebulan
Gambar sekadar hiasan
Menerusi hantaran di Instagram @savvbr, adik memberitahu kakaknya berkahwin di usia 26 tahun mengikut aturan keluarga.
Berdasarkan penceritaan yang dikongsikan, adik menyatakan kakaknya tidak keluar cecair darah di vagina atau nama lain dianggap sebagai pecah dara ketika pertama kali melakukan hubungan intim.
Disebabkan itu, suaminya tidak berpuas hati dan mula bertanyakan tentang masa silam. Lebih menyedihkan hati apabila kakaknya telah diceraikan selepas sebulan berkahwin dengan lelaki itu.
Kakak berkahwin pada usia 26 tahun. Ia adalah perkahwinan yang diatur dan kakak menyerahkan diri dengan gembira. Kakak tidak berdarah pada malam perkahwinannya. Kakak tidak pernah melakukan dosa (berzina) seperti itu dalam hidupnya.
Apabila kakak tidak berdarah, suaminya mula bertanya kepadanya tentang masa lalu. Bagaimanapun, dia bercerai tidak lama selepas itu, mungkin sebulan.
Kaum lelaki kena take note!
Dalam pada itu, adiknya juga menekankan tujuan dia berkongsi kepada umum adalah untuk menyedarkan lelaki bahawasanya faraj berdarah bukan tanda wanita mempunyai dara ataupun tidak.
Katanya lagi, dara bukan saja pecah ketika hubungan kelamin pertama malah boleh berlaku sewaktu melakukan aktiviti lasak.
Justeru, dia memohon agar golongan lelaki mendapatkan kaunseling perkahwinan yang betul serta memahami tentang pecah dara sebelum berkahwin.
Sekadar info, menurut Health Navigator New Zealand, hampir separuh wanita akan mengalami pendarahan ketika melakukan seks buat pertama kali. Separuh lagi tidak akan mengalami sebarang pendarahan. Kedua-duanya adalah normal.
Sumber: Instagram