Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita diceraikan suaminya apabila enggan menjemput abang iparnya berbuka puasa di rumah mereka pada hari pertama puasa.
Artikel Berkaitan: Tak Sampai 24 Jam Kahwin, Influencer ‘Cerai’ Dengan Diri Sendiri – ‘Saya Dah Tak Tahan..’
Artikel Berkaitan: Isteri Bergurau Kata Nak Lari Dengan ‘Ex’, Suami Balik Rumah Terus ‘Hadiahkan’ Penampar & Ugut Cerai
Abang ipar bermasalah
Gambar sekadar hiasan
Risau dengan sikap abang ipar yang sering bermasalah dalam perkahwinan, wanita dari Kaherah, Mesir itu tidak mahu suaminya dipengaruhi dengan sikap abang iparnya itu.
Wanita tersebut berkata rumah tangganya sudah tiada privasi apabila suaminya banyak mendedahkan hal peribadi keluarga kepada abangnya termasuk hal kewangan mereka. Difahamkan suaminya juga tidak mampu membuat keputusan sendiri dan bergantung kepada pertolongan abangnya.
Ketika kejadian, wanita itu berkeras menolak permintaan suami untuk menjemput abang iparnya berbuka pada hari pertama Ramadan.
Dalam pada itu, dia juga meminta suaminya meluangkan masa bersama anak-anak mereka namun suaminya tetap berkehendak untuk mengajak abangnya ke rumah.
Ingkar arahan suami
Gambar sekadar hiasan
Ketegasannya itu telah menyebabkan dia disuruh keluar dari rumah dan terpaksa pulang ke rumah keluarganya kerana sudah diceraikan suami.
Setelah tiga minggu, wanita tersebut menerima surat cerai dan akan dibawa ke mahkamah untuk dia mendapatkan hak selayaknya serta hak penjagaan anak.
Terdahulu, pasangan tersebut telah melayari bahtera perkahwinan selama tujuh tahun dan dikurniakan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Sumber: Gulf News