berita

Isteri Kena Culik Sebab Suami Tak Langsai Hutang

October 26th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Empat orang suspek telah ditahan polis Rokan Hilir, Indonesia kerana telah menculik seorang wanita.

Artikel Berkaitan: Scammer Arah Remaja Pura-Pura Diculik, Wang Sebanyak RM283,000 Lesap

Gagal bayar hutang

Menerusi laporan Kompas, mangsa diculik kerana suaminya gagal untuk melangsaikan hutang.

Menurut Ketua Polis Daerah Rokan Hilir, keempat-empat suspek merupakan pengutip hutang di mana suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang suri rumah.

Ada seorang lagi suspek yang masih dalam senarai dikehendaki yang merupakan penjawat awam di Rokan Hilir.

Ketika kejadian, keempat-empat suspek menaiki sebuah kereta dan dua motosikal untuk mencari suami mangsa, Sumilan. Setibanya di rumah mangsa, Sumilan didapati tiada di rumah tersebut. Rumah tersebut hanya didiami isterinya, Maya Ramasari.

Suspek kemudian merancang untuk menculik isteri Sumilan.

Kemudian, suspek cuba untuk memancing mangsa ke kedai buah-buahan dengan memesan secara dalam talian. Suspek kemudian diserang hendap sebelum dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa ke sebuah rumah.

Penjenayah mengunci mangsa di dalam bilik. Tingkap bilik tidur dipaku dan pintu bilik tidurnya dikunci.

Suami mangsa yang mengetahui kejadian itu segera membuat laporan kepada Polis Bagan Sinembah.

Ketika ini, keempat-empat suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Bagan Sinembah.

Sumber: Kompas 

SKIP THIS AD ×