berita

Isteri Kena Hentak Dengan Helmet, Rupanya Rumah Dirompak 2 Kali Orang Yang Sama

October 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes jenayah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Penjenayah seakan-akan tidak takut akan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap mereka jika didapati bersalah.

Menerusi Facebook Mohd Safiee Elias, dia berkongi pengalaman rumahnya yang dimasuki perompak. Tambah mengejutkan lagi, perompak berkenaan merupakan perompak yang sama masuk ke rumah mereka sebelum ini. Nampak gaya perompak berkenaan memang cari nahas.

Dia hentak isteri saya pakai helmet

Maha suci Allah Tuhan sekalian alam. Keluarga kami sekali lagi diberi teguran dan peringatan Allah. Rumah kami dirompak manusia yang langsung tiada iman di dada. Mempunyai rekod jenayah yang banyak.

Tapi kali ni Allah tunjuk depan mata. Dia hentak isteri saya pakai helmet! Helmet tu adalah helmet yang hilang masa kes pecah umah kami sebelum ni. Dia bawak helmet yang dia amek dari rumah kami! Allahu. anak dah ngigau tak dapat tidur sebab trauma tengok mama dia kena pukul pakai helmet. (Time ni saya dekat belah driver dah kluar kereta. Pergi kearah dia. Dia lari ke moto yang isteri cuba amik kunci moto tersebut sebelum saya bergelut dengan si celaka ni)

Terima kasih jiran dan polis

Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk lawan dan berjaya tumbangkan mat gian ni dengan bantuan jiran-jiran.

Tahniah anak muda taman pinang kuning berani kejar sampai dapat. Terima kasih jiran semua datang tolong beri bantuan. Terima kasih pihak Polis datang magrib-magrib tangkap penjenayah ni. Semoga Allah beri rezeki yang melimpah ruah kepada anda semua.

Syukur dapat tangkap sorang walaupun lagi sorang hilang dari pandangan. Kepada pemilik nama LEDENG dari Felda Sungai Sayong, Semoga Allah merahmati awak. Satu hari Allah akan beri jugak pengajaran buat kau.

Petang pun ada orang masuk rumah

Kepada warga bandar tenggara dan kawasan felda sekitarnya, mohon berhati-hati. Sorang dapat sorang lagi lepas. Siapa sangka sewaktu kite ke pasar tani petang pun ade orang nak masuk rumah kita? Mat gian terlalu ramai di semua kawasan. Banyak sangat kes baru-baru ni.

Mungkin ni pengajaran untuk saya, keluarga saya, kawasan kejiranan, mahupun sesiapa yang membaca. Semoga Allah merahmati kalian.

Sumber: Mohd Safiee Elias

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×