Seorang wanita dilaporkan hilang dan disyaki melarikan diri dari rumah mertuanya sejak 10 hari yang lepas.
Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Hilang’ Selepas COD Telefon Rupanya Lari Daripada Pemungut Hutang
Artikel Berkaitan: Padah Lari Dari Rumah, Remaja Dirogol Teman Lelaki & ‘Housemate’ Secara Bergilir-Gilir
Hati tidak tenteram
Menerusi laporan Tribun News, Fitri Sandayani dilaporkan hilang sejak 1 Oktober yang lalu dan masih belum ditemui sehingga kini.
Suami Fitri, Mustofa menyatakan hatinya tidak tenang kerana isterinya masih belum ditemui. Walaupun sudah 10 hari, Mustofa tetap mencari isterinya meskipun dirinya sibuk bekerja dan berharap agar isterinya dapat pulang ke rumah segera.
Namun, Mustofa masih tidak dapat mengetahui punca isterinya melarikan diri kerana rumah tangganya bersama isteri tidak mempunyai sebarang masalah.
Mustofa turut mendedahkan layan isterinya agak pelik kerana Fitri tidak pernah bercakap dengannya sepanjang tiga minggu mereka berkahwin.
Dia hanya menawarkan saya makanan dan kopi melalui Whatsapp.
Masih bersangka baik
Pada mulanya, Mustofa menganggap isterinya seorang yang pemalu kerana mereka baru berkahwin dan Fitri gemar untuk menghabiskan masa di dalam bilik.
Saya jarang bercakap dengannya, dia sering berada di biliknya setiap hari.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Bogor, Pesuruhjaya Rizka Fadhila telah menjalankan siasatan dan beliau menegaskan akan melibatkan pasukan IT untuk mengesan keberadaan Fitri Sandayani.
Setakat ini, Fitri memilih untuk tidak berkomunikasi dengan sesiapa termasuklah keluarganya sendiri.
Sumber: Tribun News