berita

Isteri Maut Ditembak, Pemain Bola Sepak Muat Naik Video Tribute Sedih – ‘Terima Kasih Untuk 11 Tahun Terindah Ini’

February 2nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Paraguay ditembak mati ketika sedang menghadiri satu konsert di Asuncion, semalam.

Cristina Vita Aranda yang mempunyai tiga anak dengan pemain Club Olimpia, Ivan Torres disahkan meninggal dunia sejurus selepas dikejarkan ke hospital dengan kesan tembakan di kepala.

Baru rancang nak bercerai

Menerusi laporan New York Post, Torres turut berada di konsert itu dan membantu membawa isterinya ke hospital. Model dan pempengaruh media sosial itu baru-baru ini mengumumkan mereka merancang untuk bercerai selepas 10 tahun berkahwin. Christina dipercayai terperangkap dalam insiden tembakan di kawasan kenamaan di Jose Asuncion Flores Ampitheatre di ibu negara Paraguay, walaupun kejadian pada Ahad itu masih dalam siasatan polis dan pendakwa raya.

Dalam kejadian yang sama, seorang lelaki bernama Marcos Ignacio Rojas Mora juga meninggal dunia. Menurut sebuah laporan yang tidak disahkan, sasaran sebenar insiden itu adalah pengedar dadah yang dikenal pasti sebagai Ederson Salinas Benitez. Selain Cristina dan Marcos, empat orang berusia antara 23 hingga 40 tahun turut terkena tembakan dan sedang dirawat di hospital. Bercerita mengenai keadaan Torres, pemain bola sepak itu dikatakan panik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sentiasa merindui kamu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ivan Torres (@ivan_torres11)

Semalam, Torres dilihat memuat naik sebuah video tribute buat isteri tercinta. Menerusi video tersebut, Torres berkongsi banyak foto Christina sewaktu gembira bersamanya. Menurut Torres, video yang dihasilkan ini merupakan kenangan yang akan kekal dan disimpan untuk selama-lamanya.

Ini merupakan cara untuk saya sentiasa ingat Cristina. Saya akan rindu senyuman dan sifat baik hatinya. Saya berjanji akan selalu rindu dia walaupun tidak sama kehidupan saya selepas ini. Terima kasih selalu berada di sisi saya selama 11 tahun terindah ini. Terima kasih mengajar saya erti kesalahan dan memaafkan. Dia juga mengajar saya erti percaya, kasih sayang dan bersedia dalam apa jua keadaan. Dia juga mahu memahami semua isi hati para wanita di luar sana. Saya yakin kuasa tuhan lebih baik dari segalanya dan terima kasih anugerahkan saya tiga orang cahaya mata. Saya janji akan jaga mereka dengan baik sekali.

Pada masa yang sama, Torres turut meluahkan rasa rindu terhadap isterinya. Ujar Torres, dia berjanji akan menjaga tiga orang cahaya matanya dengan baik. Bukan itu sahaja, setiap kenangan bersama Cristina akan sentiasa terpahat di dalam ingatannya untuk selama-lamanya.

Sumber: New York Post

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×