Umum tahu, pelakon Ikmal Amry bakal bergelar bapa apabila isteri, Najla Shamsul, disahkan hamil anak pertama.
Artikel Berkaitan: [FOTO] ‘Macam Mimpi Dah Jadi Suami Orang’ – Ikmal Amry Sah Nikah, Beri Wang Hantaran RM15k
Mengidam paling susah
Bercerita mengenai mengidam, Ikmal mendedahkan isterinya meluahkan hasrat untuk makan nasi goreng di sebuah hotel terkemuka di Pulau Langkawi.
Ikmal, 27, berkata permintaan kali ini agak susah dan dia terpaksa menangguhkan dulu memandangkan lokasinya berada di negeri lain.
Dalam banyak-banyak makanan yang dia mengidam. Ini paling susah nak dapatkan. Kenapa susah?
Dia nak nasi goreng St. Regis Langkawi. Kitorang makan nasi goreng ini masa berbulan madu. Tapi semua yang dia teringin nak makan Alhamdulillah dapat tunaikan kecuali nasi goreng ini saja Am (nama panggilan) hold dulu. Ye lah Langkawi weh!
Rezeki tak salah alamat
Bagaimanapun, pemilik nama Mohd Zulikmal Amry Ghazali menzahirkan rasa syukur apabila dapat menunaikan hajat isteri tercinta selepas dua minggu.
Kata pelakon drama Kisah Cinta Kita, dia menerima satu tawaran filem dan penggambaran itu dilakukan di pulau peranginan tersebut.
Tapi Allah sebaik perancang. Lepas dua minggu dia teringin nak makan tu, Am dapat satu tawaran filem shoot di Langkawi.
Allahuakbar. Ini rezeki awak sayang, Allah susun cantik ja. Am dapat shooting di Langkawi supaya boleh bawa awak makan di St. Regis Langkawi. Saya tak dapat ungkap dengan kata-kata. Rezeki memang tak pernah salah alamat. Enjoy your nasi goreng sayang.
Terdahulu, Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember tahun lalu. Kini, Najla sedang sarat hamil iaitu sudah memasuki tujuh bulan.
Sumber: Instagram @ikmalamry