berita

Isteri Muatnaik Foto Wanita Freehair Didakwa Skandal Baru Suami, Ini Respon PU Abu

January 26th, 2020 | by faris
Kini Trending

Media sosial pernah heboh memperkatakan isu Pencetus Ummah (PU) Abu yang didakwa curang dan menceraikan isterinya ketika mengandung. Tindakannya itu mengundang kemarahan netizen yang mempertahankan nasib isteri pertamanya Ain ‘Afini Latif yang bertukar status menjadi ibu tunggal menerusi Whatsapp.

Isteri PU Abu, Hana Azraa memuatnaik foto seorang wanita di Instagramnya dengan kapsyen kurang jelas, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya. Adakah PU Abu buat hal lagi?

Hanya spekulasi

Menurut PU Abu menerusi Instagramnya, apa yang dimuatnaik isterinya itu adalah spekulasi semata-mata dan bukan berdasarkan kenyataan sebenar. Malahan, gambar wanita terbabit juga didakwa satu cubaan untuk mengaibkan seseorang.

Saya mengambil maklum berhubung berita yang viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya. Apa yang terviral adalah spekulasi semata-mata dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar. Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang.

Saya kini berada dan bertugas di Mekah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini. Inshaa Allah saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut.

Harap rakan media boleh bersabar. Tetapi hakikat yang sebenarnya, hal yang melibatkan KECURANGAN tidak berlaku dan hanyalah salah faham.

Melibatkan maruah dan emosi

Dia turut memohon agar pihak media tidak menyiarkan berita sedemikian sehinggalah dia mengeluarkan kenyataan sebenar. Ujarnya lagi, perkara berkenaan melibatkan maruah dan emosi dirinya dan keluarga belah isteri yang tidak tahu-menahu mengenai isu itu.

Saya mohon agar pihak media tidak lagi menyiarkan atau membuat susulan berita sehingga saya mengeluarkan kenyataan sebenar (amalkan sikap bertabayyun yakni dapat kan dari sumber sebenar).

Berita viral seumpama ini tidak wajar tersiarkan kerana ia melibatkan maruah dan emosi keluarga banyak pihak (saya dan sebelah keluarga isteri) yangg mereka tidak mengetahui latar belakang sepenuhnya isu ini.

Sumber: PU Abu

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×