Isteri kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan bukan dia yang bertanggungjawab menyebarkan video pergaduhan antara dia dan suami sehingga viral di media sosial baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Isteri Musa Hassan Fail Cerai Sebab Shiqaq
Artikel Berkaitan: Jangan Ada Masuk Campur Masalah Privasi Keluarga – Musa Hassan
Memetik laporan Harian Metro, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu yang menyebarkan rakaman video berkenaan. Tambahnya lagi, video viral itu dirakam hanya untuk melindungi dirinya selain digunakan sebagai bukti di mahkamah jika perlu.
Bukan saya sebar, saya pun terkejut. Apa yang pasti, rakaman itu saya hanya serahkan kepada polis semasa siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Saya sama sekali tidak berniat menjadikan rakaman itu tular apatah lagi menjatuhkan reputasi mana-mana pihak.
Dalam masa sama, wanita berusia 42 tahun ini turut berasa kesal kerana video yang viral itu mendedahkan wajah anak yang baru berusia lapan tahun.
Menurut Elly, pergaduhan terbabit tercetus apabila dia tidak bersetuju dengan permintaan Musa yang mahu sebahagian harta walaupun aset terbabit dibelinya sebelum berkahwin.
Sebelum ini saya ambil pendirian berdiam diri dan tidak membuat komen balas terhadap insiden berkenaan dan kenyataan media Tan Sri (Musa) kerana ada rundingan penyelesaian antara peguam syarie.
Terdahulu, Puan Sri Elly Afizahwati ditemui media ketika hadir memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, kerana Shiqaq.
Sumber: Harian Metro