Penyanyi dan pelakon, Mark Adam mendedahkan bahawa dia pernah mengalami kemalangan ketika remaja sehingga menyebabkan dirinya trauma.
Artikel Berkaitan: ‘Wahai Budak Kecil Di Luar Sana, Apa Yang Korang Nampak Di Media Sosial Sekarang Ni Jangan Tiru Ya’ – Mark Adam
Artikel Berkaitan: Mark Adam ‘Throwback’ Foto Lama, Belikan Ibu TV Guna Duit Menang Pertandingan Nyanyian
Tiada lesen
Ketika ditemui OhBulan!, Mark atau nama lengkapnya Fikri Mark Adam Abdullah berkata semasa berusia 18 tahun dia dan seorang temannya terbabit dalam sebuah kemalangan.
Susulan insiden tersebut, penyanyi berusia 44 tahun itu tidak lagi memandu mahupun membawa motosikal.
Mark juga nekad untuk tidak mengambil lesen memandu meskipun kejadian tersebut sudah lama berlaku.
Ramai yang tak tahu, dulu saya pernah kemalangan motosikal.
Motosikal itu pak cik saya punya dan saya bawa seorang kawan. Kawan saya cedera, kaki dan tangannya patah. Tapi saya tak apa-apa. Kejadian itu menjadikan saya trauma.
Dalam pada itu, Mark berkata jika diberikan watak sebagai seorang pemandu, dia terpaksa meminta bantuan kru penggambaran untuk menolak kereta.
Pernah juga berlaku kemalangan kereta. Saya tak boleh langsung bawa kereta selepas itu dan saya tak ada lesen.
Semasa penggambaran pun saya tak boleh bawa, mereka terpaksa tolak kereta untuk jayakan babak itu.
Mark berkata demikian semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Anjuran Global Station Sdn Bhd yang berlangsung di Kemensah Heights, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Isteri pelantun lagu Pencuri itu, Norazah Redzuan menggalas tanggungjawab untuk membawanya ke mana sahaja, bahkan Mark lebih selesa jika isterinya berada di sisi.
Isteri saya pemandu yang sangat bagus, insya-Allah tak pernah kemalangan. Kalau ada pun pernah sekali itupun sedikit sahaja.
Saya nak isteri saya berada di mana saya berada. Saya boleh sahaja tinggal dia, tapi di fikiran saya cuma isteri. Lebih baik dia ada di sisi.
Untuk info Mark dan Norazah mendirinya rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.