Baru-baru ini doktor selebriti terkenal tanah air Dr Shazril Shaharuddin telah dikurniakan cahaya mata yang pertama hasil perkahwinannya bersama Dr Azura Abas.
Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi kisah kos rawatan bersalin isterinya yang mencecah puluh ribu ringgit disebabkan bersalin secara operation caesar. Isterinya sedih mengenangkan kos rawatan yang perlu dibayar agak tinggi disebabkan dia tidak mampu bersalin secara normal namun berjaya ditenangkan olehnya.
Terduduk saya dibuatnya
Setelah empat hari warded, hari ini bini dan baby saya dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi-lagi operation caesar, saya boleh agak-agak kosnya yakni dalam RM10-15k. Tapi bila jumlah bil sebenar dibisik ke telinga saya, terduduk saya dibuatnya bang. RM20k total.
Saya jadi resah memikirkan bagaimana saya nak sampaikan nombor kepala dua ni kepada bini. Bini start push-push tanya berapa bil, saya tewas dengan desakannya dan dengan berat hati saya sampaikan berita nombor kepala dua tu kepadanya.
Berjurai air mata
Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala dua tu semua salahnya. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan dia tak dapat melahirkan baby kami dengan cara normal.
Saya tenangkan bini ‘unny cuba fikir balik, dengan 20k ni lah you berjaya gave birth to something yang teramat mustahil untuk kita dapatkan. Moreover cuba you bayangkan couples yang trying to get baby, buat IVF easily dah cost around 15k so bill kita all in 20k, is ok’. Biniku berjaya ditenangkan.
Jangan jadi hamba kepada duit
Mungkin ada yang berfikir, “tula siapa suruh bersalin SJMC, tu hospital orang-orang berado je tu” tapi given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) dan komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was the right place.
Parents saya selalu pesan, “don’t be a slave for money, cause money sentiasa boleh dicari” dan betul apa kata parents saya, lepas kelahiran baby, rezeki datang bersilih ganti. Ingat peeps, jangan sesekali kita berkira when it comes to wellbeing of our baby k?
Sumber: Dr Shazril Shaharuddin