berita

Isteri Rasa Lambat Dapat Anak, Dr Say Balas Sekurangnya Dah Berjaya Beli Rumah & Kewangan Stabil – ‘Tak Perlu Banding Kehidupan Dengan Orang Lain’

February 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Doktor selebriti, Dr Say tidak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup terkenal dengan sikapnya yang suka berkongsi isu rumah tangga dan kesihatan di platform media sosial.

Artikel Berkaitan: Buah Pinggang Rosak Tahap 2 & Air Kencing Berdarah, Dr Say Bakal Rujuk Pakar

Lambat sangat ke dapat anak?

Topik terbaru yang dikupas di Instagram (IG) adalah mengenai anak. Dedah Dr Say, dia menerima soalan daripada isteri, Dr Azura Abas yang bertanya adakah mereka sebenarnya sudah lewat menimang cahaya mata.

Tenang menjawab, Dr Say menyatakan sebelum dikurniakan anak sulung, Aezriel, mereka fokus untuk menstabilkan ekonomi keluarga dan dia bersyukur perjalanan itu tersusun cantik.

Baru ni bini deep conversation dengan saya. “Awak rasa kita lambat sangat ada anak?”Saya balas “kenapa awak tanya camtu?”. Bini sambung “nanti kita tak dapat tengok anak besar sebab masa tu kita dah tua dan tak bertenaga”.

Saya balas “bagi saya tua dan tak bertenaga tu pembolehubah dimanipulasikan. Kalau kita teruskan gaya hidup sihat, pastinya kita kuat walaupun berumur. Tambahan lagi, tengok lah sekarang ada ja yang 20-an dah ada pelbagai penyakit.

Segala-galanya berlaku ada sebab. Kita lambat dapat anak tapi sekurang-kurangnya kita berjaya selesaikan housemanship sesama, selesaikan perkhidmatan perubatan wajib sesama, pindah rumah bertanah (landed house), mempunyai pendapatan yang stabil sebelum Ace (nama panggilan) lahir.

Bukan pertandingan siapa dapat anak dulu

Dalam pada itu, Dr Say menekankan kehidupan bukan pertandingan tetapi adalah perjalanan. Katanya lagi, setiap individu mempunyai perancangan yang berbeza jadi tidak perlu bandingkan kehidupan dengan orang lain.

Ketentuan kita memang cukup sempurna masanya. Jadi jangan mengeluh ketentuan kita. Terus terhenti tangisan bini. Perkara yang sama berlaku kepada sebahagian daripada anda di luar sana. Ini bukan pertandingan siapa kawin dulu, siapa dapat anak dulu.

Kita semua menjalani kehidupan yang berbeza. Ada yang nak kukuhkan pendapatan dulu, ada yang nak kukuhkan career dulu, ada yang nak sara mak ayah dulu.

Kesimpulannya, tak perlu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Allah Maha Adil. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Jika bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti. Jika tidak suatu hari nanti, mungkin itu jalan terbaik. Jalani hidup anda sepenuhnya walaupun seorang diri, ada pasangan di sisi atau ada anak sekali.

Sumber: Instagram @say_shazril

SKIP THIS AD ×