Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery memaklumkan isterinya Elyia Ibrahim sedang menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryan Bakery Dedah Isteri Sedang Hamil 5 Bulan – ‘Kalau Lelaki Nama Ryan Ezra, Kalau Perempuan Raysha Ezra’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bermula Dengan Menjual Popia & Ikan Beta, Ryan Bakery Kongsi Pahit Manis Bergelar ‘Content Creator’
Menunggu hari
Ketika ditemui OhBulan, Ryan akui teruja dan dalam masa bercampur takut untuk bergelar bapa.
Kata Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery jantina anak sulung mereka adalah lelaki.
Perasaan teruja dan takut bercampur baur, sebab pertama kali nak jadi ayah. Minta juga nasihat daripada orang-orang sekeliling yang sudah bergelar bapa.
Sekarang dah 36 minggu, menunggu hari sahaja untuk bersalin. Saya pun dah mula perlahankan sedikit kerja sebab nak bersedia untuk sambut kelahiran. Jantina insya-Allah anak lelaki, namanya Ryan Ezra
Ryan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Lepak Bersama Indigital Music yang diadakan di sekitar ibu kota, pada Rabu.
Dalam pada itu, Ryan berkata dia dan isteri sedang mempersiapkan diri dari sudut mental dan fizikal.
Persiapan barang dan alatan sambut kelahiran alhamdulillah sudah siap. Mental juga perlu bersiap sedia, sebab katanya orang perempuan kalau berpantang mood mereka lain.
Pantang di rumah kami di Kuala Lumpur, tidak berpantang di kampung. Sebabnya banyak urusan kerja berdekatan KL yang perlu dilakukan.
Sementara itu, bekas peserta Famili Duo 3 itu turut berkongsi peristiwa lucu isterinya yang mengidam mahukan gelang emas.
Ada satu hari dia cakap dengan saya nak ‘biskut tawar’, berulang kali dia cakap dengan saya. Saya ingatkan betul-betul biskut tawar yang makan itu. Rupanya tidak.
‘Biskut tawar’ itu sebenarnya gelang emas yang dipanggil biskut tawar, memang ada. Gelang besar yang kalau pakai dari jauh dah nampak. Saya kata doakan murah rezeki insya-Allah dapat beli nanti.