Menguruskan orang sakit itu tidak mudah terutama untuk pasangan yang masih muda.
Begitulah kisah seorang isteri yang meluahkan dirinya sudah lama tidak menerima nafkah zahir dan batin semenjak suami ditimpa masalah kesihatan.
Artikel Berkaitan: Suami Tergamam Keputusan DNA Dedah 2 Anak Bukan Darah Daging, Isteri Mengaku ‘Tak Sengaja’ Jalin Hubungan Badan Dengan 2 Lelaki
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mati, Mati Lu Mati!’ – Isteri Pukul Suami Strok Berkali-Kali Guna Tongkat Sampai Berdarah, Kejam!
Punca penceraian
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, peguam yang dikenali sebagai Naim itu berkongsi kisah seorang isteri yang tekad untuk bercerai selepas lapan tahun berada di samping suami.
Ujar si isteri, dia penat dalam menguruskan suami yang sakit akibat strok.
Suami saya sakit strok. Dia tak boleh uruskan diri sendiri, semua saya yang uruskan.
Lapan tahun saya jaga suami, saya rasa dah penat.
Lagipun, saya dah lama tak dapat nafkah zahir dan batin.
Walau bagaimanapun, si isteri akui bakal bertunang dengan pasangan pilihan hati sejurus kes penceraian bersama suami selesai.
Tak semua mampu jaga orang sakit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tanggungjawab isteri terbabit yang menjaga suami terlantar sakit selama lapan tahun tanpa jemu. Selain itu, warganet tidak mempersoalkan keputusannya untuk berkahwin lain kerana mereka tidak diuji sedemikian.
Sumber: TikTok peguamsyarienaim