Seorang guru mengakui melakukan hubungan seks dengan dua orang pelajar perempuan sekolahnya sebagai ‘pertukaran’ untuk mendapatkan gred yang lebih tinggi dalam pelajaran.
Namun begitu, guru tersebut menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya memeras ugut pelajarnya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu bersamanya.
Artikel Berkaitan: Isteri Tengah Hamil, Guru Tahfiz Didakwa Buat ‘Projek’ Sodomi Pelajar Lelaki Di Bilik Asrama
Dua pelajar bergaduh berebut cikgu
Memetik laporan portal Thaiger, pada awalnya, seorang pelajar berusia 14 tahun didakwa mendapat gred yang rendah sehinggakan tidak mampu untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi di sekolahnya.
Melihat kepada situasi ini, guru yang dikenali sebagai Thanapon didakwa memancing pelajar tersebut ke rumahnya untuk membincangkan isu itu sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Walau bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral Thanapon itu mula terbongkar apabila pelajar tersebut mendapati terdapat seorang lagi pelajar yang bertemu dengan Thanapon.
Demi untuk memenangi hati Thanapon, kedua pelajar tersebut difahamkan bergaduh sesama sendiri di sekolah sebelum diselesaikan oleh pihak sekolah.
Hasil siasatan dibuat pihak sekolah mendapati bahawa kedua mereka mempunyai hubungan sulit dengan Thanapon.
Timbalan pengarah sekolah yang dikenali sebagai Anake berkata, pihak sekolah kemudiannya menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat isu ini namun, Thanapon sempat melarikan diri dan meninggalkan sekolah berkenaan.
Difahamkan kini Thanapon sudah pun berpindah dah mula mengajar semula di sebuah sekolah yang terletak di wilayah Prachin Buri.
Dalam pada itu, Anake menegaskan bahawa pihak sekolah mereka sama sekali tidak terlibat dengan isu tersebut dan menggesa pihak yang berkenaan untuk memfailkan aduan rasmi terhadap perbuatan tidak bermoral Thanapon itu.
Sumber: Thaiger