Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki kini sedang dikesan pihak polis selepas dia menikam bekas teman wanitanya gara-gara wanita itu menamatkan perhubungan mereka.
Artikel Berkaitan: Penemuan Rangka Manusia Rungkai Misteri Kehilangan Wanita! Bekas Tunang Jadi Suspek Pembunuhan
Artikel Berkaitan: Tak Serik! Selepas 16 Kali Ditikam Teman Lelaki, Wanita Rancang Nak Kahwin Pula
Nekad tikam mangsa
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di kondominum di Bukit Antrabangsa itu menyaksikan mangsa, Syarifah menyedari kehadiran bekas teman lelakinya ketika dia sedang berada di perkarangan tempat kereta kediamannya.
Menurut mangsa berusia 46 tahun itu, insiden tersebut berlaku pada Sabtu jam 2.30 pagi.
Dia bertindak menikam cermin pada bahagian pemandu menggunakan pisau, namun tidak berjaya. Malah, dia turut menoreh tayar hadapan dan belakang sebelah kanan menggunakan pisau.
Dia kemudian mengambil pemadam api berhampiran lif dan memecahkan cermin hadapan kereta sehingga ia berlubang. Ketika itu, saya ada menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Dalam keadaan panik, mangsa berlari keluar dari kereta, namun bekas teman lelakinya dapat mengejar sebelum bertindak menarik baju dan menikamnya di bahagian tangan serta perut.
Selepas menikam saya menggunakan pisau, dia terus melarikan diri. Dalam keadaan menahan sakit, saya gagahkan diri untuk berjalan sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang membawa saya ke pos pengawal.
Saya kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan dimaklumkan oleh pihak doktor terdapat lima tikaman di bahagian perut, lengan dan tangan.
Difahamkan salah satu tikaman itu mengenai hati yang mengalami luka.
Sharifah mendedahkan bahawa kira-kira tiga bulan lalu mereka mula berkenalan menerusi aplikasi temu janji.
Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk berpisah kerana lelaki berusia 41 tahun itu adalah seorang yang baran.
Kali terakhir saya bergaduh dengannya pada 26 Julai lalu disebabkan isu remeh sebelum membuat keputusan untuk berpisah. Selepas itu, dia ada memujuk untuk kembali, namun saya enggan.
Malah, dia juga menuduh saya curang apabila masih berhubung dengan bekas suami dan sentiasa muncul di mana-mana lokasi saya berada selepas pergaduhan itu.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.
Kami sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan lelaki itu masih dijalankan.
Sumber: Harian Metro