Baru-baru ini kecoh seketika apabila Dato’ Vida digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pembantu peribadinya sendiri, jejaka kacak bernama Ahmad Iqbal Zulkefli. Keadaan bertambah panas apabila anak wanita itu menyuarakan sikap tidak senangnya hubungan itu, malahan kakak Vida sendiri seolah tidak merestui hubungan mereka.
Artikel berkaitan: ‘Dia Tu Nak Perhatian Je, Saya Takkan Benarkan’ – Cik B
Berikutan isu ‘hubungan istimewa’ mereka, jutawan itu dilaporkan sudah memindahkan Iqbal ke bahagian pemasaran syarikatnya. Tindakan itu diambil Vida pada Khamis dan menganggap perkara itu sebagai penyelesaian untuk isu yang terjadi antara mereka berdua.
Maruah dan reputasi tercalar
Menurut laporan Mstar, Vida menyifatkan isu yang melibatkan beliau dengan Iqbal itu menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai usahawan terjejas dan tercalar.
Selepas mereka digosipkan bersama, Iqbal ada membuat kenyataan media mengatakan dia tidak menolak jika dijodohkan dengan wanita itu. Malahan ibu Iqbal juga dilaporkan tidak menolak jika bermenantukan Vida.
Agak tergugat ditukar, tumpuan berbeza
Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi disandang Iqbal masih kosong dan hubungannya dengan dia tidak awkward serta tidak lebih dari seorang majikan dan pekerja. Sebenarnya Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuannya sudah berbeza. Selepas ni dia kena hadap Pamoga, bukan muka saya seperti sebelum ni.
Ujarnya lagi, keputusannya dibuat juga tidak dipengaruhi oleh tindakan anaknya, Cik B yang ada memuatnaik di laman sosial mengenai ketidakpuasanhatinya mengenai ‘hubungan’ ibunya itu.
Sumber: Mstar