berita

Isu Awal Ashaari Tak Dapat Bayaran Hanya Salah Faham

September 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

awal-banner

Korang ingat lagi tak beberapa minggu lalu kecoh kejap industri hiburan mengenai pelakon dan pengacara popular yang baru bergelar bapa iaitu Awal Ashaari.

Haa, sekarang ni kami bukan nak cerita perihal keluarganya, tetapi kontroversi kononnya Awal menuntut pihak produksi program realiti ‘The Band’ untuk menjelaskan baki bayaran tugasnya yang mengacarakan program itu.

Hari ini, pihak produksi rancangan itu tampil menjelaskan bahawa semuanya hanya salah faham dan pihaknya sudahpun menghubungi Awal.

imageResize.ashx

Sebenarnya terdapat sedikit salah faham antara pihak kami dan Awal. Dia tidak tahu bahawa dia masih dalam proses untuk menerima bayarannya itu.

Takkanlah dalam produksi itu hanya Awal sahaja yang tidak dapat bayarannya, sedangkan artis lain telah mendapat wang masing-masing. Selepas Awal mendedahkan yang dia belum menerima bayarannya, kami terus menghubungi pengacara itu bagi menjelaskan situasi sebenar.

Kalau korang nak tahu, demi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, pihak produksi tersebut akan membuat sidang media hari ini untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku, secara baik dan profesional.

Haa, baguslah begitu kan. Bila ada masalah bersemuka terus. Bia ada komunikasi dua hala kan lebih senang untuk difahami. Tak gitu? Apapun, jom ikut kami tengok sikit aktiviti bapa kepada baby comel Lara Alana ni.

Sumber : mStar Online

Kredit Foto : Instagram Awal Ashaari

SKIP THIS AD ×