berita

Isu Bayi Maut Dalam Kereta, Doktor Ini Beri 7 Langkah Elak ‘Terlupa’ Anak

March 15th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam, seorang bayi dua tahun dilaporkan maut setelah ditinggalkan empat jam di dalam kereta. Dalam kejadian jam 9 pagi, ibu mangsa dikatakan terlupa dia membawa bersama bayi ke tempat kerja dan hanya menyedari setelah beberapa jam berlalu.

Artikel berkaitan : “Ibu Minta Maaf, Sayang. Ibu Tak Sengaja…”

Di laman sosial, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini tak kurang juga yang emosi dek kerana kecuaian ibu tersebut. Dr Mahyuddin Mohamed memberi beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perkara sebegini. 

Kematian kanak-kanak terperangkap dalam kereta

Heat Stroke: Kematian kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan
******************************************
Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun meninggal akibat “Heat Stroke” atau Strok Haba hari ini di Port Dickson. Al-Faatihah.

Kejadian berlaku apabila ibu kanak-kanak ini bergegas ke pejabat dan terlupa anaknya yang sedang tidur di tempat duduk belakang kereta. Setelah beliau teringat kembali selepas 4 jam & bergegas ke kereta, anak beliau telah tidak sedarkan diri. Kematian disahkan oleh Klinik Kesihatan Port Dickson manakala bedah siasat hospital mengesahkan kematian adalah disebabkan Strok Haba.

Kajian menunjukkan bahawa suhu dalam kereta akan meningkat secara mendadak apabila kereta dibiarkan di bawah panas matahari. Ia boleh meningkat antara 10 ke 20 darjah dalam masa 20 minit sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan kepanasan melampau kepada bayi atau kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta. Suhu dalaman (core temperature) badan akan meningkat secara mendadak sehingga 41 darjah celsius.

Berikut kenaikan suhu dalam kereta yang berlaku:

• 10 minutes ~ 19 deg F (Farenheit)
• 20 minutes ~ 29 deg F
• 30 minutes ~ 34 deg F
• 60 minutes ~ 43 deg F
• 1 to 2 hours ~ 45-50 deg F

Sumber: http://www.ggweather.com/heat/

Kepanasan ini akan menyebabkan proses perpeluhan berlaku (proses ‘normal regulation’ bagi menyejukkan badan kita) yang seterusnya menyebabkan kekurangan air dalam badan (dehydration), sawan, kekeliruan (confusion), kerosakan otak dan organ dalam badan dan seterusnya kematian. Ia dikenali sebagai ‘HEAT STROKE’.

Kematian juga boleh disebabkan oleh lemas (suffocation) kerana kekurangan udara (oksigen) akibat tingkap ditutup rapat. Membuka tingkap sekadar beberapa inci atau membiarkan penghawa dingin (aircond) dalam keadaan hidup juga tidak dapat memastikan keadaan ini tidak berlaku.

Pada tahun 2013 dahulu, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun meninggal akibat Strok Haba (boleh baca penulisan saya di link di bawah). Ibu beliau TERLUPA anaknya sedang tidur di dalam kereta & hanya sedar selepas 5 jam.

Langkah untuk mengelakkan

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi mengelakkan ia terjadi kepada kita atau keluarga kita.

Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil bagi memastikan kita tidak lupa kepada anak atau bayi kita yang sedang tidur di kerusi belakang ialah:

1. Meletakkan beg kerja atau fail penting kita di tempat duduk belakang. Kita pasti akan mengambil barang-barang ini apabila keluar dari kereta.

2. Peraturan menetapkan bayi perlu diletakkan di belakang bagi mengelakkan impact airbag & dashboard sekiranya kemalangan berlaku. Anda boleh letakkan tanda ‘Baby On Board’ atau apa-apa barangan bayi di stering, dashboard atau cermin depan kereta bagi mengurangkan risiko anda terlupa ketika bergegas ke mesyuarat atau ke tempat kerja.

3. Menjadikan memeriksa kereta sebagai rutin check-list sebagaimana seperti kita hendak meninggalkan rumah. Ketika hendak meninggalkan rumah kita akan memastikan pintu semuanya berkunci, suiz elektrik dan paip air ditutup dan sebagainya.

4. Bagi kenderaan awam (seperti van sekolah), perlu melakukan ‘head-count’ atau perlu ada senarai nama kanak-kanak yang menaiki van tersebut.

5. Pastikan kunci kereta sentiasa ditempat selamat dan anak-anak tidak dapat mengambilnya. Ada kes dimana kanak-kanak ini masuk ke dalam kereta tanpa disedari.

6. Hubungi pihak berkuasa sekiranya anda terlihat kanak-kanak keseorangan di dalam kereta yang ditinggalkan.

7. NAMUN, YANG PALING UTAMA DAN TERBAIK IALAH, JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN ANAK-ANAK KITA KESEORANGAN DI DALAM KERETA

Ramai juga yang mengutuk ibu kanak-kanak malang ini. Nasihat saya, cukup-cukuplah mengata, biarlah pihak polis yang menyiasat. Lebih baik kita beri sokongan kepada beliau & mendoakan keluarga beliau diberi kesabaran menghadapi dugaan yang maha besar ini.

Tuan-tuan & Puan-puan,

Perkara ini boleh berlaku kepada anda dan ahli keluarga anda juga. NauzubilLahi min zaalik.

Harap dapat ‘SHARE’ maklumat ini. Moga ia dapat menjadi asbab mengelakkan perkara ini berulang. Terima kasih.

#drmahyuddin
#heatstroke
#strokhaba

Rujukan: Post saya pada tahun 2013 https://www.facebook.com/drmahyuddin/posts/10200943799270247

Sumber : Mahyuddin Mohamed 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×