Dek kerana kekejaman Zionis membedil Gaza dan mengakibatkan ramai kematian kanak-kanak dan wanita, satu dunia seakan-akan bangkit dan mengecam tindakan tersebut.
Kalau korang perasan, demi menunjukkan sokongan terhadap penduduk Gaza, banyak produk keluaran Israel semua telah diboikot termasuklah beberapa restoran makanan segera.
Namun, dalam pada masyarakat memboikot barangan Israel, Lisa Surihani pula ditegur peminat gara-gara makan disebuah restoran makanan segera.
Melalui laman sosial Instagram milik Lisa, beberapa keping foto sambutan hari lahir sahabatnya telah dimuat naik. Sayangnya, ia mengundang reaksi negatif segelintir pengikutnya.
Ada yang mengingatkan Lisa bahawa restoran itu juga merupakan produk keluaran Israel tau. Pada mulanya kami pelik juga, kerana didalam list barangan produk Israel yang tersebar sebelum ini, tiada pula logo restoran makanan segera tersebut.
Selidik punya selidik, rupa-rupanya kami difahamkan restoran ini merupakan restoran terkemuka Amerika yang juga dikatakan penyokong kuat Zionis, haa sebab itulah ada yang marah.
Namun, seperti restoran makanan segera yang lain, ia merupakan franchais di Malaysia. Tak ada bukti pun ia menyokong gerakan Zionis.
Hmm, entahlah, mungkin lebih baik elakkan dari membeli barangan yang boleh mengundang kekeliruan Betul tak? Anda pula bagaimana?
Kredit Foto : Instagram Lisa Surihani