berita

Isu Cemburu & Konflik Dengan Ibu, Semua Diana Danielle Tak Nak Komen. Sengaja Larikan Diri?

June 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

DD

Ingat lagi tak isu cemburu Diana Danielle minggu lepas? Haa, kalau nak tahu, sampai ke hari ini kontroversi tersebut masih hangat diperkatakan.

Walaupun suami Diana sendiri sudah meminta maaf bagi pihaknya, masih ada pihak yang melabel tindakan Diana sebagai kebudak-budakan.

Bagaimanapun, menerusi laporan Kosmo! Diana dikatakan seperti ingin melarikan diri daripada media apabila dia tidak mahu menjawab sebarang soalan mengenai isu tersebut.

farid12

Malah, ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta produk Lipice, Diana turut tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Apa yang keluar dari mulutnya hanya ‘tiada komen’ dan ‘terima kasih’.

Untuk pengetahuan, apabila ditanya mengenai hubungan dia dan ibu kandungnya, Diana turut mengambil langkah untuk tidak mengulas perkara tersebut.

Tiada komen. Maaf saya tidak akan menjawab soalan berhubung keluarga.

Hairan pula kami dengan tindakan Diana ini, mana taknya, tak salah kiranya dia mengulas sedikit ataupun meminta maaf jika mahu menjernihkan keadaan.

Apapun, kami doakan semoga perjalanan karier Diana berjalan lancar dan tidak ada lagi sebarang kontroversi yang terpalit pada si cantik manis ini.

SKIP THIS AD ×