Lama-kelamaan kisah kontroversi melibatkan pelakon Hanez Suraya yang dikatakan merampas suami orang menjadi semakin panas apabila isteri kepada kekasihnya itu telah tampil memberi kenyataan di media semalam.
Menurut ibu kepada dua anak yang hanya dikenali sebagai Ana itu, Hanez dikatakan tidak menghormati dirinya sebagai isteri yang masih sah kepada R dan ibu kepada anak-anaknya selepas pelakon itu memuat naik foto kanak-kanak tersebut di laman sosial di samping mencanang hubungan cintanya sebelum ini.
Artikel berkaitan:
Namun Ana nampaknya tidak berdepan masalah ini seorang diri apabila sahabatnya, Rita Rudaini turut memberi sokongan kepada ibu muda tersebut.
Barangkali cukup memahami situasi yang sedang dialami Ana, Rita menerusi laman Instagram miliknya telah menasihati wanita itu supaya bersabar dan terus tabah demi anak-anak.
Melihat kepada respon yang diterima menerusi foto tersebut, ramai peminat dan penyokong Rita turut sama memberi kata-kata semangat kepada Ana dan seakan mengerti perasaan wanita tersebut.
Mungkin Rita boleh dijadikan sebagai contoh terbaik memandangkan pelakon jelita itu sendiri dilihat cukup kuat menghadapi dugaan sebagai ibu tunggal biarpun kes tuntutan nafkah anak-anaknya masih belum selesai sehingga kini.