Berita mengenai pelakon ‘Autumn Di Hatiku’, Hanez Suraya bercinta dengan suami orang bernama ‘R’ masih lagi hangat diperkatakan hingga hari ini.
Artikel Berkaitan:
- Isu Cinta Suami Orang – Adakah Hanez Suraya Sudah Tahu Status Lelaki Tersebut?
- Hanez Enggan Respon Isu Bercinta Dengan Suami Orang
Semalam, Hanez sudah membuat kenyataan melalui kepada sebuah akhbar tempatan dan menegaskan kekasihnya itu adalah duda anak dua dan bukan suami orang seperti yang didakwa.
Terbaru, melalui rakan media Rotikaya, sumber terdekat isteri lelaki tersebut tampil dan membuat kenyataan bahawa jejaka itu masih belum bercerai, tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak tahun lalu.
Menurut sumber tersebut, isteri lelaki itu berkecil hati dengan kenyataan yang Hanez berikan kepada media selain mendakwa R kini lebih berpihak kepada pelakon itu walaupun mereka masih bergelar suami isteri.
Sumber tersebut turut memberitahu bahawa Hanez & R bukan saja keluar bersama tetapi pernah keluar bercuti ke luar negara sebelum ini.
Walaubagaimanapun, Hanez ketika dihubungi OHBULAN! meminta semua pihak menghentikan fitnah yang dibuat keatas dirinya.
Hanez tak kisah kalau orang nak benci Hanez, tapi tak perlu nak tabur fitnah. Hanez akan membuat satu sidang media khas untuk menerangkan perkara sebenar dan membersihkan nama Hanez. Semuanya akan terjawab, jangan risau.