Sebelum ini, viral di media sosial dan aplikasi WhatsApp salinan polis berkaitan seorang penyampai radio lelaki, yang ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja.
Artikel berkaitan: Mengaku Dah 10 Tahun Menagih Dadah, Penyampai Radio Ditahan Miliki Ganja Seberat 447.44 Gram
Terbaru, penyampai radio Bapakku FM, DJ Isma Halil Hamzah, memohon maaf kepada semua pihak dan memberi penjelasan lanjut berhubung tuduhan isu dadah yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.
Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi
Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Saya sihat dan berada di Sungai Buloh. Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya. Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya.
Menurut Isma, dia bersumpah dengan nama Tuhan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak benar. Ujar Halil lagi, semua itu adalah fitnah. Menurut peguam Isma iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain, mereka menerima nota ringkas tersebut semasa bertemu semalam.
Buat masa ini Isma telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Mengulas lebih lanjut, Zahiril memberitahu bahawa Isma hanya dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabitkan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan. Berikutan daripada itu, beliau memohon semua pihak untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.
Hanya dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta telah ditetapkan pada 15/12/2021 untuk laporan jabatan kimia. Jika laporan tersebut sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan. Kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja.
Sekitar September yang lalu, timbul dakwaan mengenai seorang penyampai radio dipercayai Isma Halil ditahan pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis ganja. Menurut laporan pihak polis, suspek ditahan di kediamannya di ibu kota kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 447.44 gram yang telah diasing-asingkan kepada 22 paket plastik.