berita

Isu Dera Bayi Bikin Aidid Marcello Takut

October 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Lunch With Media Prima-1

Sejak akhir-akhir ini kita sering dihujani dengan pelbagai isu berkaitan penderaan kanak-kanak oleh pengasuh yang tidak bertanggungjawab dan lebih teruk apabila ianya melibatkan kes kematian.

Justeru itu, sebagai bapa kepada empat orang anak, Aidid Marcello akui tidak gemar untuk menyerahkan anaknya di bawah jagaan orang luar dan lebih selesa jika mereka dijaga oleh ibu mertuanya sendiri.

Alhamdulillah saya bernasib baik sebab masih tinggal serumah dengan ibu bapa saya. Saya pun tak suka jika anak-anak dibesarkan dalam situasi yang dijaga oleh orang luar.

Macam saya sendiri, mak mertua (mak Norzie) masih lagi bertenaga dan kuat untuk menjaga keempat-empat cucunya. Lagipun saya dan isteri bekerja dan sering tiada di rumah, jadi kalau tinggalkan anak-anak dengan orang gaji, rasa macam tak selamat.

Lunch With Media Prima-4

Aidid tak percaya pengasuh untuk menjaga empat orang anaknya

Dalam pada itu, pengacara Kaki Bola ini turut menjelaskan bahawa salah satu sebab dia tidak mempercayai orang luar adalah kerana gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak pada masa ini. Dengan itu, Aidid mengambil keputusan untuk mendidik anaknya sendiri daripada menyerahkan semuanya bula-bulat kepada pengasuh.

Ya, memang tak percaya orang luar untuk jaga anak-anak saya sebab budak-budak sekarang dah tak macam dulu. Kalau dulu budak-budak dibesarkan di kampung dan ibu bapa mereka akan lebih menitikberatkan soal adab dan tatasusila. Tapi budak sekarang ramai yang dah hilang nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Jadi, kalau kita serahkan mereka kepada orang gaji, jangan harap dia akan ajar anak kita dengan amalan-amalan murni tersebut. Oleh itu, saya lagi selesa jika mak mertua yang jaga anak-anak saya sendiri sebab sebagai nenek, pastinya dia akan mendidik cucunya dengan baik. Kalau marah pun sebab dia sayang dan nak lihat cucunya jadi insan yang berguna.

Berkongsi lebih lanjut mengenai anak-anak, Aidid dan isterinya, Norzie telah mengambil keputusan untuk tidak menambah lagi bilangan cahaya mata dan buat masa sekarang, mereka lebih fokuskan soal kerjaya serta masa depan pendidikan anak-anak.

Artikel Berkaitan :

Sebagai rujukan, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek telah diijabkabulkan pada Mei 2005 dan sepanjang perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Alyea Nai Liyana, 7, Muhammad Iman, 5, Muhammad  Yusuf, 3 dan Muhammad Ibrahim 4 bulan.

Beralih kepada soal kerjaya, Aidid difahamkan bakal terlibat dalam program Soccer Kids, untuk musim keenam yang akan memulakan sesi penggambarannya pada 16 Oktober depan.

SKIP THIS AD ×