berita

Isu Dividen ASB Rendah, Ini Respon ‘Padu’ Azmin Ali

December 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini, Amanah Saham Nasional Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan (dividen) sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2019. Pengumuman yang dibuat Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Aziz itu telah mengundang pelbagai reaksi termasuklah daripada pakar ekonomi dan juga rakyat Malaysia.

Turut memberi reaksi kepada pulangan dividen yang disifatkan paling rendah dalam sejarah itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara tersebut berlaku disebabkan oleh beberapa punca.

Ketidakcekapan tadbir urus terdahulu

Menurut Azmin seperti yang dilaporkan Sinar Harian, antara punca yang menyebabkan agihan dividen menjadi sebanyak 5.50 sen adalah kerana ketidakcekapan tadbir urus pengurusan terdahulu.

Selain itu katanya, ketidaktentuan pasaran dunia juga turut menyumbang kepada perkara tersebut.

Ini melibatkan jumlah agihan RM9 bilion dan ia bukanlah jumlah yang sedikit. Yang penting sekarang adalah untuk memastikan PNB dikendalikan dengan tadbir urus terbaik dan ketelusan supaya syarikat ini terus berdaya saing dan maju pada masa hadapan.

Yakin dengan pengurusan baharu

Justeru menurut Azmin, Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini sedang giat untuk memastikan pemegang dana agar mendapat pulangan terbaik.

Saya yakin pengurusan baharu PNB berusaha untuk memastikan tadbir urus yang baik dan akauntabiliti dalam mengendalikan syarikat berkenaan.

Bagi tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan (dividen) sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Sumber: Sinar Harian, Malaysiakini

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×