berita

Isu Gaduh Dengan Sharnaaz Ahmad : Lisdawati Mahu Tutup Buku, Enggan Komen Lagi

June 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Launching-HITHAM-with-fashion-designer-183-630x420

Mungkin episod persengketaan antara Lisdawati, suaminya, Fauzi Nawawi dan Sharnaaz Ahmad bakal berakhir tak lama lagi. Iyalah, kalau asyik berbalas kenyataan dan saling menuding jari sampai bila pun tak selesai, kan?

Namun sejak pulang daripada umrah dan selepas selamat melahirkan anak ketiga baru-baru ini, Lisdawati nampaknya mahu melupakan apa yang telah berlaku antaranya dengan Sharnaaz dan tak mahu lagi ditanya mengenai perkara itu.

I’m so sorry. I tak boleh nak ulas lanjut, I dah tutup buku. Setelah I ditemubual di sebuah rancangan baru-baru ni, bagi I semuanya dah kosong-kosong dan tak ada komen daripada I. Dari pihak dia, dia boleh call atau jumpa I bila-bila masa.

I tak nak membesarkan cerita. Tapi sekarang ni I dah tutup, tak nak buka dah. Kalau dia nak jumpa, I tak ada masalah. I dah penat rasa sedih, sekarang I nak nikmati kehidupan dengan anak-anak dan buka buku baru. Ni dah nak masuk bulan puasa dan Hari Raya, kita pandang ke depan.

Dalam masa yang sama, Lisdawati yang ditemui pada Majlis Pelancaran Airish Fashion Cosmetic semalam tetap menegaskan dia tak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Sharnaaz sekali lagi.

lisdawati-1

Lisdawati di Majlis Pelancaran Airish Fashion Cosmetic pada Isnin lalu

Sementara itu, aktres tersebut juga enggan kemunculannya di majlis tersebut dijadikan isu besar walaupun baru beberapa minggu bersalin.

Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langgar pantang. Saya datang semata-mata untuk memberi sokongan dan menunaikan janji kerana telah dijemput sebelum ini. Lagipun ni tak melibatkan matahari terik.

Kalau nak ikutkan, mak I pun tak bagi keluar tapi bila fikir balik, I dah habiskan masa dua minggu berpantang secara proper di rumah. I bukan pantang main-main, i bertungku, pakai bengkung, pendek cerita I ikut cara tradisional.

Untuk pengetahuan, Lisdawati melahirkan anak ketiga yang diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus itu pada 14 Jun lalu di Hospital Selayang.

SKIP THIS AD ×