berita

Isu Gangguan Seksual : Pengurus Nafi Buat Tegar Mengemis Kembali

March 18th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

FotorCreated

Pada hari Jumaat yang lalu, Tegar telah mengadakan satu sidang media khas di Istana Budaya bagi menguatkan lagi dakwaan bahawa dirinya diganggu secara seksual oleh bekas pengurus, Muhammad Arif Dollah.

Pada sidang media tersebut, Tegar sendiri mengaku menerima gangguan seksual dan mendedahkan kemaluan Arif pernah terkena duburnya.

Dalam masa yang sama, seorang penyanyi dari Singapura dan juga bekas anak tiri kepada Arif turut tampil mengakui pernah menjadi mangsa seperti Tegar.

tegarterusterang

Namun menerusi perkembangan terbaru, Arif tampil sekali lagi menyangkal segala dakwaan yang melibatkan dirinya.

Anggap Tegar Macam Anak Sendiri

700

Sudah setahun saya menjadi pengurus Tegar dan melayan dia seperti anak sendiri. Saya cukup mengenali perangai Tegar kerana sentiasa di sisinya dan kami juga tinggal bersama pengurus label Indonesia di sebuah apartmen di Jakarta.

Selain menguruskan karier Tegar, saya juga perlu menjaga makan, minum, pakaian dan juga mendidiknya. Memang betul saya ada memarahi Tegar, namun ia berkaitan dengan disiplin kerja.

Saya terkejut apabila tiba-tiba menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu Tegar yang menuduh saya liwat anak­nya. Saya kemudian membalas SMS itu dan meminta ibunya membuat laporan polis serta membuat pemeriksaan kesihatan. Ketika di Jakarta, kami tinggal dalam satu rumah selama satu tahun dan kalau saya memang berniat jahat, sudah lama saya melakukannya. Sepanjang berada di Malaysia, kami tidak bergerak bersendirian kerana saya tiada kereta. Jadi, sekiranya betul saya memaksa Tegar melakukan perkara tidak baik, kenapa dia mendiamkan diri dan tidak mengadu kepada orang sekeliling.

Nafi Curi Duit Tegar

208742_tegar-septian--dari-penyanyi-jalanan-jadi-artis-di-sos-antv_663_382

Untuk pengetahuan, pembayaran yang diterima Tegar berdasarkan persembahan sahaja dan saya akan mengirim wang kepada ibunya selepas selesai persembahan. Kalau lewat ibunya akan asyik menghubungi saya sehingga wang dimasukkan dalam akaun. Selain ibu bapanya, Tegar juga perlu menyara empat adik tiri, nenek dan saudara-maranya. Jadi tuduhan itu tidak benar sekali. Dalam isu ini, cuba fikir berapa banyak yang diterima Tegar selepas wang persembahan digunakan untuk membayar perbelanjaan pengurusan. Saya hairan, Tegar sendiri dalam temu bual dengan sebuah stesen radio di Singapura baru-baru ini mengatakan ibunya tidak mengemis.

Tak Mahu Komen Isu Paksa Anak Tiri Lakukan Seks Oral

apm2013-2013-10-18-3394

Selama ini, Sufie tidak pernah membuka cerita mengenai dakwaan itu sehinggalah kes Tegar timbul. Mengenai hal ini, saya tidak mahu komen banyak kerana menjaga aib ibu serta keluarga Sufie. Cuma saya pelik kenapa Sufie boleh memberi kenyataan berbeza kepada media kerana di laman Facebook miliknya, dia menafikan ibunya pernah berkahwin dengan saya.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×